Tajaan & Sumbangan
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Tawaran Meraih Pahala Yang Berterusan Hingga ke Akhirat Kelak
Firman Allah S.W.T:
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍ ۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ
Maksud: “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui.”[Surah Al-Baqarah: 26]
Maahad Tahfiz Ad-Daie Wal Diniah (MADANI) adalah satu pusat pembangunan kepimpinan masa hadapan yang memfokuskan kepada penguasaan Al-Quran dan Sirah berteraskan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.
Proses pembinaan bermula pada pertengahan 2014 di tapak seluas 2 ekar di Kampung Ayer Hitam, Teluk Intan, Perak dan mula beroperasi pada tahun 2018. Mulai Januari 2022 MADANI melancarkan pendekatan terkini dengan memfokuskan pembinaan pemimpin berasaskan Al Quran dan Sirah.
Kami ingin membuka peluang untuk tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan tajaan dan sumbangan untuk dana pembangunan Maahad Tahfiz Ad-Daie Wal Diniah bagi mempersiapkan beberapa infastruktur dan fasiliti untuk kemasukan bakal pelajar pada tahun 2022.
Berapa jumlah sumbangan yang diperlukan?
Anggaran keseluruhan kos adalah sebanyak RM100,000 yang meliputi kos pembinaan dan kos operasi MADANI.
Berikut adalah pecahan kos yang diperlukan :
Pembinaan & Pembangunan: RM100,000
Pengurusan MADANI: RM50,000
Selebihnya akan digunakan bagi membiayai anak-anak tahfiz yang sedang melanjutkan pengajian disini.
Bagaimana anda boleh membantu kami?
Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:
- PAKEJ A: TAJAAN PEMBINAAN DAN PEMBANGUNAN- RM 350
- PAKEJ B: TAJAAN PEMBELAJARAN PELAJAR – RM 300 (SEBULAN)
- PAKEJ C: TAJAAN BIL ELEKTRIK & BIL AIR – RM 200 (SEBULAN)
- PAKEJ D: TAJAAN MAKANAN – RM 250 (SEBULAN)
- PAKEJ SEIKHLAS HATI – RM 10 atau berapa saja jumlah
Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.
JOM REBUT PAHALA!
“Tidaklah akan berkurang harta yang kita infaq/sedekahkan dengan ikhlas karana ALLAH, melainkan ALLAH akan menggantinya dengan berlipat ganda”
-HR.Muslim-
Ayuh tukarkan harta dunia kita kepada harta akhirat!
LANGKAH-LANGKAH MENYUMBANG
Cara 1:

Bank in secara CDM:
1. Bank in ke nombor akaun
2. Tekan butang dibawah untuk Whatsapp kami resit transaksi untuk rekod kami.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh juga Whatsapp kami.
Cara 2:

Bank in menggunakan payment gateway:
Untuk bank in secara online melalui payment gateway, tekan butang dibawah.
Kemudian isikan butiran anda dan pilih bank yang anda mahu gunakan untuk transaksi.
Boleh memilih lebih daripada 2 pakej. Tekan butang “add to cart” untuk memilih pakej-pakej, kemudian tekan View Cart dan Checkout untuk melakukan pembayaran.
Sila pilih jenis kempen yang anda ingin berikan sumbangan
P/S : Sekiranya anda menggunakan perbankan dalam talian (toyyibpay) ini akan muncul ANSI SISTEM SDN BHD di bahagian statement bank, itu adalah third party sistem online transfer yang Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah gunakan bagi memudahkan beri sumbangan waqaf secara dalam talian (online). Duit sumbangan tersebut tetap akan terima oleh pihak Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
[HR Muslim, no. 1631]