Sejarah Penubuhan

Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah

(MADANI)

Di sini bermulanya

Sejarah Madani bermula Apabila Ustaz Abdul Latiff Ismail dijemput untuk mengajar Al-Quran Di Rumah Haji Rahman Yahya Dan Cikgu Noraini Jaafar pada penghujung tahun 2013.

Pada suatu petang selepas habis kelas pengajian Al-Quran , Tuan Haji Rahman Dan Cikgu Noraini Jaafar menyatakan hasrat mereka untuk mewakafkan tanah mereka kepada saya untuk dibina satu maahad tahfiz

Niat murni tersebut Ustaz Abdul Latiff Ismail terima dengan Hati terbuka Dan memberi pandangan supaya diwaqafkan kepada Majlis Agama Islam Perak Dan tanggungjawab membina Dan menguruskan diserahkan secara khusus kepada Ustaz Abdul Latiff Ismail Dan Koperasi Ihsan Negeri Perak Berhad dengan waqaf Khas atas Nama Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah

 

Maka pada Tanggal 13 Disember 2013 telah diwaqafkan secara rasmi melalui Surat akaun rasmi , melalui akad mulut rasmi juga berlaku Di Pejabat Majlis Agama Islam Perak Cawangan Teluk Intan Perak Di hadapan Ustaz Saiful Ketua pegawai Majlis Agama Islam cawangan Teluk Intan Dan disaksikan oleh Ustaz Abdul Latiff Ismail, Tuan Haji Rahman Yahya iaitu suami pewaqaf, Arwah Ustaz Amran pengerusi Koperasi Ihsan Negeri Perak Berhad, Ustaz Ibrahim Dari Koperasi Ihsan Negeri Perak.

Pada 21 Jun 2014 telah diadakan satu Majlis pecah tanah dengan satu Majlis Makan tengahari Amal dengan pelaksanaan 27 buah khemah Yang dihadiri ribuan ahli masyarakat bagi memberi suntikan semangat bagi memulakan kutipan Dana untuk membina bangunan utama Maahad Tahfiz Ad Daie Wal Diniah ini

Majlis ini telah disiarkan Di Dalam satu ruangan Surat khabar utama.

Dan juga dirakam Di Dalam channel youtube.

Pada Bulan September 2014 telah dimulakan pembinaan Madani Dan akhirnya dapat disiapkan penghujung tahun 2017 dengan Kos 2 juta ringgit.